Tajuknya macam hampeh en?
Hahahahaaa...
Subuh tadi,
Lepas aku solat subuh, aku bangkit aaa dari sejadah. Pahtu gane ntoh gimana tahh aku tersadung bahagian kain menyebabkan aku tersudu lantai.
MasyaAllah sakit tu Tuhan ajelah tahu.
Hahahaa..
Lepas aku teringat tragedi kain telekung aku yang hilang beberapa tahun lepas yang buat aku malu dan sakit hati sampailah ke hari ni.
*kalau kadang teringat.
Waktu tu zaman tingkatan 3. Zaman PMR yang cikgu buat solat hajat dekat sekolah. Untuk ibubapa dan guru guru doakan kejayaan kami.
That time, aku dh sampai kira kira 15 minit awal sebelom azan. Tapi aku tak dapat pakai telekung sampailah 5 minit selepas azan.
20 minit aku tercari-cari dekat rak telekung tuuu...
Where is my telekung???
Macam orang gila aku carik telekung aku. Nak menangis pun ada. Memang dah bergenang dh kut air mata aku masa tu. Orang orang yang duk saf depan masa tu macam pelik je tgk aku meroyan carik telekung tak jumpa.
Malunyaaa...
Zaman tang 12&3, aku suka tinggai telekung kat surau sekolah. Sebab kami kena sembahyang zohor dulu sebelom dibenarkan balik rumah.
Bab solat hajat tak apa lg, tpi memikirkan solat maghrib tulah yg aku khawatirkan. Orang yang tengok aku masa tu mesti kata aku ni bangang sangat dok bawak telekung.
Pastu aku pun keluar surau, gi dok kat beranda surau dengan akak akak orang orang yang takleh sembayang. Sedihnya Allah saja yang tahu.
Bila nak sembayang maghrib jemaah, aku gitau kawan aku yang telekung aku hilang,
Pasti nasib aaa, kawan aku tu ada telekung lebih. Dia pakai yg dia bawak dari rumah, dan kasi aku telekung yg dia tinggai kat rak telekung tu.
Aku bersyukur dengan terlekung tu, at least dapat gak aku solat.
Tapi aku kena cover duhh, sebab telekung tu kain bawah dia koyak. Kalu aku silap gerak mesti orang tengok. Dah aaa koyak tu besar ilerr! Besar dua tapak tangan.
Aku tak kisah kalu kawan kawan or akak akak SPM tegurkan kain tu. Tapi bila dah ada makcik yang solat sebelah aku tu tengok je tempat koyak tu, mana tak cuah garam kasar kat hati yang terhiris ni duhh..
Aku sumpah malu gila. Masa tu aku dah lupa yang aku tengah hadap Allah nak mintak doa. Aku dah lupa hubungan dengan Tuhan lebih penting dari nak fikir tentang fikiran manusia lain pasal aku.
Sebab aku over thinking ngan terbawa bawa emosi sedih tuuu...
Masa tu tak matang duhh.. macam macam aku fikir. Aku sumpah seranah dekat cetonirojimm yang songlap telekung aku tuu...π
Jilakeeeπ’π’π’...
Masa tu dah aaa aku solat sorang kutt. Depan belakang. Kiri kanan. Aku semua mak mak yang datang. Kawan aku semua tinggal aku solat ngan mak mak diorang.
Setiap kali solat hajat sekolah, ayah aku je yang datang, mak aku prefer duk rumah. So setiap kali solat hajatlah, aku tumpang solat sebelah mak mak orang. Aku tak kisah pun.
Aku cuba je duh tabahkan hati sendiri. Dah mak takde. Telekung pulak takde. Sedih hati beteii..
Masa tu nak solat memang pun dah tak tenang.
Lepas jemaah maghrib tu, aku buat siri dua pencarian telekung aku. Aku pergi balik dekat rak telekung tu. Aku rela redah saf saf yang ada semata mata nak gi intai balik mana telekung aku. Kut kut ada. Kut kut magic ting tiba tiba ada.
Dan Tuhan nak tunjuk dekat aku sesuatu bila jumpa telekung aku tu, aku jumpa atas kepala cetonirojimm yang baham aku punya telekung tu.
Wehh! Tu telekung aku wehh!
Menangis hati ini wehh...
Dia boleh buat muka tak bersalah bila aku tanya dia pakai aku punya ke tak.
Allahu... aku tak dapat nak tarik telekung tu. Aku tak dapat buat perangai membabi buta aku masa tu. Terkelip kelip ajelah aku tengok telekung yang aku carik bagai nak rak dikepala orang lain.
Aku pun tak tahulah kenapa. Kenapa aku tak swing aje kepala dia waktu tu.
Padahal zaman tang123 aa zaman aku paling sensitif. Zaman aku selalu mood swing. Zaman aku akan tiba tiba diam tanpa sebab. Tiba tiba menangis tanpa sebab. Zaman Tak lehh silap sikit. Zaman aku berubah karakter yang secara tiba tiba. Waktu tulah aku yang agungkan emosisasi dari rasionalisasi.
Yaaaaaa Tohaaaaannnnnnn!!!!
Padahal aku marah. Amat sangat. Menggigil badan aku duhh. Tapi aku tak mampu zahirkan dengan nistaan mahupun perbuatan. Aku tak mampu sumpah bangang dekat dia. Aku tak mampu kata π½ kat dia. Nak sepak terajang dia lagilah tak mampu.
Sebab dia duk saf depan duh. Duk betul betul depan rak telekung tempat aku simpan telekung tu. Maknanya sewaktu 20minit pencarian aku tu, dia tengok je. Tak ngaku. Boleh je dia ignore aku?
Subhanallah. Teruji iman aku.
Ya Tuhan... selfishnya hamba mu itu.
Sebab satu lagi, dia duk sebelah mak dia. Dan sebab aku hormatkan wanita yang baya mak aku tulahh.
Takanlah aku nak kata π½ depan mak dia.
Mahu mak dia π½kan aku semula.
Wehh...
Baguskan aku. Hahahaaaπ
Dan menda lagi bagus yang aku buat, aku tak suruh pun dia bukak telekung aku tu. Aku blahh gitu je gi duk blakang sekali dengan hati penuh sebal.
Menangis sungguh aku. Berlinang air mata aku ni. Aku tak tahulah mana kawan kawan aku time tu. Sedih duhh. Emosi betul betul teruji. Sumpah aku ringdhu mak aku time tu. Padahal balik tu, terus jumpa mak. Bingaii...
Tapi cerita aku tu habis takat tu je,
Bila dah aku duk saf belakang sekali, aku fikir tak ada orang nampak dah.
Tak ada orang nak kisah dah dekat aku. Tapi tulah, Tuhan uji sekali lagi emosi aku.
Aku nampak ada adik kawan aku tu tergelak tengok kain yang koyak itu...π
Lagi sekali ada yang cuah garam dekat hati aku yang dah koyak rabak nii...
Masa tu aku dah lupa nak mintak doa apa dengan Allah untuk percubaan PMR aku. Sebab aku dah terbawa bawa luka dihati ini ke dalam doaku.
The end....
Hahahaaa...
Bila baca, mungkin tak rasa macam mana aku rasa.
Mungkin akan kata bodo je nangis sebab telekung hilang.
Mungkin akan kata bangang je nak malu pasal telekung.
Aku tahu wehh, Allah pandang pada amalan, kebaikan dan ibadah hamba hambanya. Bukan pada telekung itu.
Allahuu...
Semoga Allah tahu yang aku sedang redha bilamana aku tidak meroyan gi tarik telekung tuu dari Minah Yeng yang ambil itu...
Tapi apalah aku yang umur 15 tahun faham masa tu? π
Ujian yang paling hebat, adalah bila kita diuji secara emosi oleh Allah Taala. Masa tu kebahagian dunia pun tak termampu lawan emosi yang kita rasa.
Naw, aku dah maafkan kut. Dah lama kan? Aku pun dah mula nak pandang dunia dari sudut yang berbeza. Kerana setiap manusia itu diberi ujian yang berbeza-beza. Baguskan beta?π
Dan cerita ni, cerita pahit bila aku teringat kadang kadang dan juga sebab aku tersudu lantai tadi je.π€
Sakit tersudu tak termampu lawan sakit hati aku ketika itu. Kahjj.. ayat ni deii...π
Apapun, mungkin ada hikmah kut. Walau aku tak nampak lagi hikmahnyaa... hahhaaa...
π₯π₯π₯
Comments
Post a Comment