Somehow aku kena skip dulu bab ptptn tu sebab aku fikir malas nak mohon lagi kuts.😅
Takpee nati aku cerita cemana. 😆
Sebut orientasi UKM aku ngaku duhh best lah jugak. Bila dah buang part letih, part tak cukup tido, part rindu rumah, part yang ambil sebahagian dari kebahagian kau tu mesti surely bestlah.
Masa 1st day sampai, kami naik bus dari parking lot ke Fakulti sebab nak daftar fakulti dan ambil kad matrik. Dan balik semula ke parking lot sebab nak daftar kolej. Kolej aku dekat jaa. So jalan jelah kaki. (KOLEJ DATO' ONN)
Lepas tu bila parents dah balik, aku startlah unpacked mana yang patut. Dan kenal kenal dengan Roomate aku. Nama dia Afiqah. Dan dia sangat baik.
Lepas tu lepas asar, kami terus join slot orientasi untuk hari tu. Dan kenal kenal dengan abang dan akak PC yang baik baik.😉
Aku tak dapat nak cerita menyeluruh pasal orientasi ni, sebab aku sendiri pun lupa. Tapi kalau nak tau, belajarlah rajin rajin dan mohon UKM.
Masa orientasi tu, ada majlis bersama pengetua kolej, pergi lawat Fakulti, jumpa canselor UKM, sertai Domain, Malam Tunas Seni (kebudayaa), lawan perang DECTAR.
2nd day (pagi)
Masa lawat Fakulti para PC akan tunjuk jalan nak ke sana. So hafalah caranya. Kalau Kolej aku, jalan kaki je. So untunglah siapa duk KDO. Tapi setiap kolej ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Contoh, Kolej Keris Mas dan Kolej Pendeta Za'ba. Walau jauh, nak gi kelas kena travel naik bus, but still kolej diorang paling okay dan paling selesa.)
Masa domain, aku amek tiga.
2nd day (petang),
Satu Keusahawanan, masa tu just duduk dalam dewan sejuk dan akan dengar diorang bercakap(ceramah, usahawan yang dah berjaya akan briefing pasal business diorang, dan main game dengan group) kat depan. Tapi aku xdengar pun, aku bercanda bersama teman teman di belakang. Hahahahaaa...
3rd day, (pagi)
Kedua Kesukarelawan, yang ni best gak aaa.. sempena raya korban, kami gi bersih dapur Masjid UKM. Siapa minat kerja kerja tolong menolong ikhlas tu boleh lha pilih domain kesukarelawan masa orientasi. Selain tu, ada jugak yang gi tanam pokok, gi rumah kebajikan kat luar, pergi cat dinding dll. Aku tak sure sangat apa lagi aktiviti yang ada.
3rd day (petang)
Ketiga, aku pilih kebudayaan. Yang ni best gila kutt. Kau dapat tengok lelaki yang gaya, pergerakan, cara diorang lebih lembut dari korang. Aku tak mengata diorang wehh.. aku just nak kata lenggok tari diorang perghhh... tak termampu tercapai dek akal seorang perempuan. Lembutnya lahaii... lemah gemalai puihh...
Balik Kolej, kami ada aktiviti Gala Gemilang. Dia macam explorace lha juga. Pc bagi satu teka teki, kami kena kena cari tempat tempat berdasarkan teka teki tu dan jalankan misi secara berkumpulan.
4th day,
Esoknya last day orientasi. Pagi tu kami bersiap berbaju kurung merah bertudung putih satu bacth 1st year of 2017/2018 gi Dewan (DECTAR). Pagi tu ada program akur janji. Satu program yang formal dimana kami perlu jaga tingkah laku.
Then, petang tu Hisyamuddin Tun Hussien Onn kemari. Dia datang bersama satu program InstitutOnnJaafar. Satu badan charity yang membolehkan kita tolong orang orang yang tidak berkemampuan.
Bila dah malam ada malam Tunas Seni. Satu malam kebudayaan yang sangat best.
Last sekali, part penutup adalah Perang DECTAR. perang dectar ni adalah aktiviti wajib UKM. Aktiviti tradisi setiap tahun bagi kemasukan pelajar baru. Jangan fikir tah kelain. Kami hanya perang cheers, sorak dan teriakan antara KOLEJ. Waktu tu, aircond, kipas, lampu akan ditutup. Kami akan bergelap, berpanas dan berpeluh. So kolej mana yang takleh tahan, mereka akan blahh balik ke kolej kediaman memasing.
Kolej aku dak menang. Kami dah cuba survive sampai pukul 4 pagi. Masa tu Kolej Tun Hussien Onn dengan lagi Satu kolej yang aku tak sure Kolej apa je lg yg tinggal. So sebabkan memasing berkeras, jadi kami pun mainlah Oosomm.. dan kami kalah..😥.
Yang menang Kolej Tun Hussien Onn. Tak mengapalah...
So ini cerita adalah pengalaman aku sendiri. Kaluu nak tahu lebih lanjut sila baca entry orang lainlah pula. Jangan lupa keep up entry aku yang terlepas atau terbaruu..
Adiosss... selamat memilih UKM sebagai tempat anda mengilham harapan dan mencipta masa depan. 🤓
Comments
Post a Comment