Holaaa...
Part 2 ini agak rumit.
Haiyaaa.... haiyaaa...
Pertama, Macam mana nak upload gambar yang UKM minta
Baca betul-betul dan faham, sebab ayat aku berterabur dan aku tak dan nak ambil gambar nak tunjuk step by step.
1st, sama ada kau scan gambar pasport tu guna scanner tu or just masukkan je CD yang diberi setiap kali kau buat gambar tuu..
Just make sure ukuran gambar korang tu betul2 berukuran pasport (yang ni kaluu kalian guna gambar yg belum saiz pasport tu aaa) sebelum ikot step dibawah. Kalu belum, edit lha sendiri dulu.
2nd, bukak aplikasi Paint yg sedia ada dalam laptop tuuu, paste kan gambar kalian yang dah dah diedit(berukuran pasport). Pilih mana2 gambar yang berkenan di hati ituuu... dan paste. Pastikan gambar itu ikut syarat yang UKM beri.
3rd, cari perkataan resize dan tekan. Itu pun nak kena ajar ke? Hahahaha. 😁
Then bila keluar kotak kecik tuu.
Step satu, tekan Pixels.
Step dua, ubah yang dia tulis maintan aspect ratio tu, buang yg dia tick.
Step tiga bahagian horizontal ngan vertical buh seperti yang diminta. Aku lupa ratio yg diorang nak...(sila bukak balik laman web tu,)
Yg bahagian skew (Degrees) tu skip jee..
Kemudian tekan ok.
Step last, tekan save. Waktu ni akan keluar satu kotak yang tulis save as. Apa yang korang perlu buat adalah cari perkataan yang tulis 'save as type'. Bila jumpa sila tekan supaya perkataan PNG (*.png) tu jadi JPEG (*.jpg;*.jpeg;*.jpe*.jfif).
Notes*Format nk kena upload tu UKM nak file gambar korang dalam bentuk jpeg so kenalah tukar.
Then tekan save... settle gambar kalian.
Kedua, macam mana nak combine/compilekan nak rekod kesihatan dalam satu file bukan?
Since yang ni macam satu masalah besar, korang just scan je kertas tu satu persatu. Pastikan kertas kertas tu sudah dijadikan pdf. Ingt tuu...
Bila dah mereka dah dihijrahkan ke pdf, anda boleh layari laman pdfmerge.com.
Disitu anda bisa compilekan kesemua mereka ke dalam satu file pdf.
Get it? Kalu tak.. sila layangkan pertanyaan anda di ruangan komen. Insya'Allah sis akan membantu...
Ketiga, PTPTN... yang nilah masalah aku
😭😭😭
Naw, Aku dah settel hantar borang Yayasan, borang Maidam, bukak buku bank, bayar yuran, bukak sspni-i, beli barang-barang and blaa blaaa blaaa.
Part isi borang PTPTN tu jelah yang aku tangguh.
Pastu bila time nak isi ni pulak Allah uji ketabahan aku. Ya Tuhannn...
Kemain elok aku isi duhh, tetiba part nak letak tarikh tawaran tulah takleh nak tekan. YA Allah... ko rasa agak agak aku kalut tak?
Kalut duhh.. deboo dia lain macam. Seram dia ke seluruh urat saraf.
Makngaii dia boleh dera mental pulak, tu pasal aku tu yang tetiba boleh breakdown. Hailahhh...
Boleh tetiba rasa nak meltdown macam Anak Fynn Jamal ajee nii.. aduhaiiii...
Part ptptn, Insya'Allah sis akan ceritakannya dia part 3.
Adioss amigosss...
Comments
Post a Comment